Wednesday, January 19, 2011

CORETAN Seorang Anak Penoreh








Kehidupan ku seperti anak-anak remaja yang lain , bermain , bersukan , bersosial , berfesyen dan memiliki teman-teman untuk bersuka ria . Aku bukanlah daripada golongan berada dan bukan daripada golongan atasan yang memiliki hidup mewah . Aku di besarkan dalam keluarga yang bahagia , biar pun tidak semewah mereka yang ber
ada di golongan atasan. Aku merupakan anak bongsu dari 5 adik-beradik , aku di berikan kasih sayang yang cukup oleh ibu bapaku , En. Ismail dan Pn Normah . Kadangkala kehidupan ku ..tidak lengkap tanpa mereka . Adik sayang ABAH & MAK .

Abah tidak pernah merungut untuk mengerah keringat senjanya untuk kami satu keluarga, Tambahan pula, aku sekarang memerlukan wang yang banyak untk meneruskan impian mak untuk menjadi serorang guru . Aku sanggup bekorban demi seorang ibu yang mahukan anaknya menjadi guru sejak aku di bangku sekolah rendah mak selalu bercakap padu ku "adik jadilah guru nnti taw , nnti leh tolonInstitutg mak" .....(aq nanges ) . .SEKARANG aku belajat di Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim , Sg.Petani , Kedah . Berdekatan dengan rumah abangku di Kulim . Jadi , abah dan mak boleh datang dengan kerap di maktab ku ..HOMESICK hahah



Abah dulu seorang askar wataniah , sekarang menjadi penoreh getah untuk menampung perbelanjaan perubatan mak dan perbelanjaan aku di maktb ni. Mak seorang wanita cekal dan tabah , sanggup melakukan perlbagai kerja untuk mencari wang kepada kami . Dulu Mak pernah menjual kuih , mengambil tender kantin sekolah menengah (sekolah aku la ) .. tapi bila mak dah jatuh sakit . Mak memerlukan rehat secukupnya x boleh buat kerja berat .. sekrang Mak tolong abah di kebun ...walaupun kadang2 mak penat , mak x penah merungut penat .

Kalau kita kaitkan GETAH , mesti semua tak suka dengan baunya yang busuk, kebun yang banyak nyamuk ,..pada mulanya aku pun x suka .. tetapi aku memikirkan pada jasa dan
pengorbanan MAK dan ABAH yang selama ini menyara aku di MATRIKULASI PERAK dan di IPGKSAH ...aku tabahkan diri ini demi mereka ..aku mengikut abah dan mak pergi ke kebun getah . Aku x kisah nyamuk yang datang mencuri darahku , pacat yang merompak kakiku, dan aroma terapi dari getah itu . Biarlah semua itu mendekatiku , biarku RASA apa yang ABAH dan MAK pernah rasa keperitan untuk mencari wang untuk seseuap nasi buat kami sekeluarga . Abah , selalu suruh aku kutip getah sahaja, kerana aku tidak mahir dalam menoreh pokok getah . Kalau silap toreh , nanti pokok boleh rosak . Masih ingat aku ingat pengelaman pertama aku semasa mahu mengutip getah , aku hampir termuntah dengan baunya yang tidak menyenangkan , aku tidak menggunakan tangan KANAN kerana takut nanti berbau akan tangan kananku itu , Jesteru itu, aku menggunakan TANGAN KIRI untuk menanggalkan getah dari POTnya itu ..memang susah sebab dah melekat hehe ..kadang2 air getah tuh terpercik kena muka huhu baunya ,ya ampun .,..herm ..(*_*)

Sebelum ke kebun , Abah kejut aku daripada tidur dengan awl pagi , solat subuh bersama dan pergi ke kebun bersama. Aku dapat rasakan kebahagiaan kami di kebun lebih mengeratkan hubugan anak beranak di KEBUN GETAH itu hehe ...Abah banyak berkorban ...huhhuu aku sanggup bawa moto wave yang abah beli untuk ke kebun , aku bawa ke maktab .. walaupun rakan2ku selalu kutuk tentang moto itu ,,namun aku x kisah , kerana moto tu telah banyak berjasa kepada keluarga En.,Ismal ..Terima Kasih 'Moto Kebun" ....x mau tukar moto ;lain hehe
PHG 2491 ..hehe

Kehidupan aku ,....bahagia dengan GETAH-GETAH itu ...kerana bila balik rumah di Kampung rasa rindu suasana di Kebun yang tenang , aman , nyaman dan menghijau ...wah susah nak cari ..SUBHANALLAH ....aku x pernah lupa diri di mana aku berpijak sekarang .. aku akan cuba mengubah nasib keluarga . Aku masih ingat pesan Abah "Adik ingat , kita bukan orang senang, Ingat Nawaitu ke maktab tu.." pesan abah adik selalu ingat =) MENJADI SEORANG GURU !! yang boleh mengubah nasib bangsa dan KELUARGA !!..Sekian Coretan Seorang Anak Penoreh.



5 comments:

  1. terharunya weyh ;(

    ReplyDelete
  2. cik wawa: itulah realiti
    melati : nukilan yg lama nak tulis tapi malu ..
    adik : thnkss..mase tulis pun dah nangess huhu ..im so sensitive haha

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.